Ahad, 27 September 2015
Ahad, 13 September 2015
Hadis 9 Daripada 10 Rezeki Dalam Perniagaan
“Sembilan persepuluh punca rezeki dalam perniagaan.”
Sumber hadis
Hadis ini iriwayatkan oleh Abu ‘Ubaid dalam Gharib
al-Hadith dan Ibnu Abi Dunya dalam Islah al-Mal melalui sanad:
Husyaim daripada Daud bin Abi Hind daripada Nu’aim bin
Abdul Rahman daripada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam.
Dalam riwayat Abu ‘Ubaid ada tambahan:
والجزء الباقي في السابياء
“dan selebihnya dalam penternakan.”
Penilaian Hadis:
1 - Al-Hafiz al-Busiri dalam Ithaf al-Khairah
al-Maharah berkata: “Sanad ini daif disebabkan majhulnya (tidak
dikenali) Nu’aim bin al-Rahman.”
2 – Al-Hafiz al-Iraqi dalam Takhrij al-Ihya’
berkata: "Para periwayatnya adalah thiqah (dipercayai).
Nu'aim bin Abdul Raman dikategorikan oleh Ibn Mandah termasuk daripada kalangan
para sahabat, tetapi itu tidak benar. Menurut Abu Hatim al-Razi dan Ibnu
Hibban, beliau adalah seorang tabi'i (sempat bertemu sahabat dan
tidak sempat bertemu Rasulullah), maka hadith ini adalah mursal."
Terdapat perbezaan pendapat antara al-Busiri dan al-‘Iraqi
tentang Nu'aim bin 'Abd ar Rahman, sama ada beliau majhul atau thiqah.
Jika beliau thiqah sekalipun hadis ini tetap daif kerana beliau seorang
tabi’in yang tidak sempat bertemu Nabi, maka sanad hadis ini terputus.
Kesimpulan
Hadis ini daif kerana ianya adalah hadis mursal (hadis
yang diriwayatkan oleh tabi’in yang disandarkan kepada Nabi tanpa melalui
sahabat). Walau bagaimanapun, hadis ini masih boleh digunakan.
Penjelasan Hadis:
Menurut Imam al-Mawardi, perniagaan adalah cabang kepada dua
sumber iaitu pengeluaran/penghasilan dan pertanian.
Perniagaan pula terbahagi kepada dua jenis: Jualan barangan
di kawasan bandar tanpa perlu perpindahan dan perjalanan dan yang kedua ialah jualan
barang melalui perjalanan dan pemindahannya ke bandar-bandar mengikut keperluan
orang tertentu dan secara umum. Ini kerana barangan tersebut adalah sumber asas
bagi penduduk bandar dan kota dan manfaatnya lebih menyeluruh serta
keuntungannya lebih banyak serta tiada seorang pun yang tidak memerlukannya.
Adapun ternakan, ia hanya merupakan sumber bagi penduduk
padang pasir dan penghuni khemah kerana mereka tidak menetap di sesuatu tempat
dan tidak tinggal di bandar, maka mereka memerlukan harta yang boleh berpindah.
Oleh itu, mereka memelihara haiwan yang boleh berpindah dengan sendirinya dan
mencari makanannya sendiri. Kebanyakan manfaatnya adalah untuk mereka sahaja.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna perniagaan lebih utama daripada penghasilan dan pertanian, kerana ia hanya menunjukkan bahawa rezeki dalam perniagaan adalah lebih banyak dan tidak ada percanggahan antara kuantiti dan keutamaan.
Sabtu, 12 September 2015
Karamah Imam al-Ghazali
Benarkah kisah kucing bernama Mueeza?
![]() |
Credit gambar: White_Coffee_Cat |