Diriwayatkan daripada
Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam membaca ketika
kesusahan:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
"Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan Arasy yang Agung. Tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan langit dan Tuhan bumi dan Tuhan Arasy yang Mulia."
(Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan daripada
Abu Bakrah, bahawa Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Doa
orang yang dalam kesusahan:
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لَا إِلَهَ أَلَا أَنْتَ
Ya Allah, rahmat-Mu yang aku harapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku bersendirian walau sekelip mata, dan perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan melainkan Engkau."
(Riwayat Abu Daud
dengan sanad yang hasan)
Diriwayatkan daripada
Anas bin Malik, beliau berkata:
"Apabila
Nabi sallahu ‘alaihi wasallam ditimpa kesusahan, baginda akan berdoa:
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ
Wahai Tuhan Yang
Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon
pertolongan.”
(Riwayat al-Tirmizi
dengan sanad yang daif)
Doa Keempat
Diriwayatkan daripada
Ali bin Abi Talib, beliau berkata:
“Rasulullah sallahu
‘alaihi wasallam telah mengajarku kalimah-kalimah ini dan memerintahkanku
apabila ditimpa kesusahan atau kesulitan supaya mengucapkannya:
لَا إِلَهَ إِلا اللهُ الْكَرِيمُ الْحَلِيمُ، سُبْحَانَهُ، وَتَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Lemah Lembut. Maha Suci dan Maha Berkat Allah, Tuhan Arasy yang Agung dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam."
(Hadis Sahih
riwayat Imam Ahmad)
Doa Kelima
Diriwayatkan daripada
Asma' binti 'Umais, beliau berkata:
“Rasulullah sallahu
‘alaihi wasallam telah mengajarkan kepadaku beberapa kalimah yang aku perlu ucapkan
ketika ditimpa kesusahan:
اللهُ رَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
“Allah
Tuhanku, aku tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun.”
(Hadis
sahih riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan daripada
Saad bin Abi Waqqas, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Doa Dzun
Nun (Nabi Yunus) ketika beliau berdoa di dalam perut ikan paus:
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ
مِنَ الظَّالِمِينَ
Tiada Tuhan
melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang
zalim.
Sesungguhnya
tidaklah seorang Muslim berdoa dengannya dalam apa jua perkara sekalipun
melainkan Allah akan memakbulkan doanya."
(Hadis
hasan riwayat al-Tirmizi)
Diriwayatkan daripada
Anas bin Malik, beliau berkata:
“Aku sering mendengar Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam mengucapkan:
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesedihan dan dukacita, kelemahan dan kemalasan, sifat bakhil dan penakut, bebanan hutang dan penindasan orang."
(Riwayat
al-Bukhari)
Doa Kelapan
Daripada
Abdullah, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Tidaklah
seseorang ditimpa kesedihan dan dukacita, lalu dia mengucapkan:
اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَنُورَ صَدْرِي، وَجِلَاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, anak hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku di dalam kekuasaan-Mu, hukum-Mu terlaksana ke atasku, keputusan-Mu adil terhadapku. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan untuk diri-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kesedihanku, dan pelenyap kerisauanku…
…melainkan
Allah akan menghilangkan kesedihan dan dukacitanya, dan menggantikannya dengan
kegembiraan.
Lalu baginda ditanya:
"Wahai Rasulullah, bolehkah kami mempelajarinya?"
Baginda menjawab:
"Ya, sepatutnya bagi sesiapa yang mendengarnya untuk mempelajarinya."
(Riwayat Ahmad dengan sanad yang daif)
Doa Kesembilan
Diriwayatkan daripada
Anas bahawa Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ
سَهْلًا، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلًا
"Ya Allah,
tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau menjadikan
kesusahan itu mudah apabila Engkau kehendaki."
(Riwayat Ibnu
Hibban dengan sanad yang sahih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan