![]() |
Al-Mawahib al-Ladunniyyah |
Sumber Hadis:
Hadis ini saya temui telah disebutkan oleh Imam al-Bajuri
dalam al-Mawahib al-Ladunniyyah Syarah al-Syamail al-Muhammadiyyah.
Hadis ini telah diriwayatkan oleh Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil
Fi Dhu’afa’ al-Rijal dan lain-lain melalui sanad:
Abu Salim al-‘Ala’ bin Maslamah ar-Rawwas
daripada Abu Hafs al-'Abdi daripada Aban daripada Anas daripada
Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam.
Penilaian Hadis:
Ibnu al-Jauzi berkata dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyyah:
“Adapun mengenai sanad riwayat Anas, padanya terdapat al-‘Ala’ bin
Maslamah.
Ibn Hibban berkata: Dia meriwayatkan riwayat-riwayat
palsu dan maqlub daripada para perawi yang dipercayai. Tidak halal untuk
berhujah dengannya.
Abu al-Fath
al-Azdi berkata: Al-‘Ala’ adalah seorang lelaki yang jahat, tidak peduli apa
yang diriwayatkannya. Tidak halal bagi sesiapa yang mengenalnya untuk
meriwayatkan daripadanya.
Padanya juga terdapat Abu Hafs al-‘Abdi.
Ahmad berkata: Kami telah membakar hadisnya.
Yahya berkata: Dia tiada nilai."
Dalam sanadnya juga terdapat Aban bin Abi ‘Ayyash,
seorang perawi matruk (sangat lemah).
Pandangan Ulama Tentang Hadis Ini:
1 - Ibnu al-Jauzi berkata dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyyah:
“Tiada satu pun di dalam hadis-hadis ini yang sahih daripada Rasulullah sallahu
‘alaihi wasallam.”
2 - Al-Syaukani berkata dalam al-Fawa'id al-Majmu'ah:
“Ia telah diriwayatkan melalui beberapa jalan dan dengan lafaz-lafaz yang
berbeza, namun tanda-tanda kepalsuan jelas kelihatan padanya.”
Bantahan al-Suyuti Terhadap Ibnu al-Jauzi:
As-Suyuti menyebutkannya dalam al-La'ali' al-Masnu’ah
dan tidak bersetuju dengan penghukumannya sebagai palsu (mawdhu') kerana
wujudnya beberapa riwayat sokongan (syawahid) untuknya, iaitu daripada
hadis Ali dan Abu Hurairah.
Namun, pandangan ini disanggah oleh Ibn ‘Arraq dalam Tanzih
al-Syari'ah al-Marfu’ah yang menyatakan bahawa riwayat-riwayat sokongan ini
tidak boleh diterima kerana terdapat perawi yang dituduh berdusta di dalam
sanad-sanadnya.
Kesimpulan:
Hadis ini adalah palsu sebagaimana yang dihukumkan
oleh para ulama seperti Ibn al-Jauzi dan al-Syaukani. Walaupun al-Suyuti
mempertahankan hadis ini atas dasar adanya riwayat sokongan, pandangan tersebut
ditolak kerana semua riwayat sokongan juga bermasalah.
Oleh itu riwayat ini tidak boleh disebarkan dan dinisbahkan kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan