Isnin, 5 Februari 2024

Ibnu Taimiyyah Mengulangi Surah al-Fatihah dari Waktu Fajar Sehingga Terbit Matahari

Muridnya, Imam Abu Hafs Umar bin Ali al-Bazzar (m. 749H) menyebutkan dalam kitab al-A’lam al-‘Aliyyah Fi Manaqib Ibnu Taimiyyah:

“Sepanjang aku tinggal di Damsyik aku sentiasa melazimi beliau pada kebanyakan waktu siang dan malam.

Beliau menyuruh aku berada rapat dengannya sehingga aku dapat duduk di sampingnya. Aku dapat mendengar apa yang beliau bacakan dan apa yang beliau zikirkan ketika itu.

Aku melihat beliau membaca surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya. Beliau menghabiskan keseluruhan waktu beliau hanya untuk perkara tersebut, iaitu dari waktu fajar sehingga terbit matahari dengan mengulang-ulang pembacaan surah al-Fatihah.”

Dr Saif al-'Asri berkata: "Perkara ini tidak warid dan tidak sabit perbuatannya daripada Nabi sallahu 'alihi wasallam dan tidak seorang pun daripada sahabat....Syeikh (Ibnu Taimiyyah) berpandangan tidak mengapa untuk melazimi zikir tertentu iaitu al-Fatihah, pada waktu tertentu (dari subuh sehingga terbit matahari) dan dengan sifat yang tertentu (mengulanginya berkali-kali)."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan