Apabila dimasukkan ke dalam liang lahad, dilihat dia mengerjakan solat. [جامع كرمات الأولياء]
Ahad, 30 Oktober 2016
Hadis solat dan membaca al-Quran dalam kubur
Apabila dimasukkan ke dalam liang lahad, dilihat dia mengerjakan solat. [جامع كرمات الأولياء]
Sabtu, 22 Oktober 2016
Hadis: Syafaat penghafal al-Quran
Selasa, 18 Oktober 2016
Ulama dan La Adri
Rabu, 12 Oktober 2016
Hadis palsu: Wasiat Nabi kepada Ali
Isnin, 3 Oktober 2016
Hadis Palsu: Puasa Hari Terakhir Bulan Zulhijjah dan Hari Pertama Bulan Muharram Diampunkan DOsa 50 Tahun
مَنْ صَامَ آخِرَ يَوْمٍ مِنْ ذِي الْحِجَّةِ وَ
أَوَّلَ يَوْمٍ مِنَ الْمُحَرَّمِ جَعَلَهُ اللهُ تَعَالى لَهُ كَفَارَةَ
خَمْسِيْنَ سَنَةً وَ صَوْمُ يَوْمٍ مِنَ المُحَرَّمِ بِصَوْمِ ثَلاثِيْنَ يَوْماً.
“Sesiapa yang berpuasa di hari terakhir bulan Zulhijjah
dan di hari pertama bulan Muharram maka Allah jadikan baginya sebagai
pengampunan dosa lima puluh tahun dan puasa satu hari di bulan Muharram
bagaikan puasa tiga puluh hari”
Hadis ini diriwayatkan oleh oleh Ibnu al-Jauzi dalam al-Maudhu’at
melalui sanad:
Ahmad bin Abdullah al-Harawi daripada Wahb bin
Wahb daripada Ibnu Juraij daripada ‘Atha’ daripada Ibnu ‘Abbas daripada
Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam.
Ibnu al-Jauzi berkata: “Al-Harawi ialah al-Juwaibari dan
Wahb, kedua-duanya adalah pendusta dan pemalsu.”
Al-Hafiz al-Zahabi dalam Talkhis al-Maudhu’at
berkata: “Dipalsukan oleh Al-Juwaibari, atau gurunya, Wahb bin Wahb.”
Penilaian palsu Ibnu al-Jauzi terhadap hadis tersebut diterima tanpa bantahan oleh al-Sayuthi dalam al-Laali’ al-Masnu’ah dan Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah.