Isnin, 1 Januari 2018

Status Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam di sisi pengkaji hadis moden

Saya kumpulkan pendapat pengkaji-pengkaji hadis moden - termasuk golongan Salafi Wahabi - berkenaan perawi yang dipermasalahkan bagi hadis tawasul Nabi Adam iaitu Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam. 

1. Syeikh Ahmad Syakir (Salafi)

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daif

[Tahqiq Musnad Ahmad (2/398)]

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam sangat daif. (ضعيف جداً)

[Tahqiq Musnad Ahmad (5/212)]

- Ulasan bagi sanad hadis no. 8676 dalam Musnad Ahmad:

إن خير الكسب كسب يدي عامل إذا نصح

Kata Syeikh Ahmad Syakir: “Sanadnya daif kerana kedaifan Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam.”

- Kata al-Termizi: “Aku mendengar Abu Daud al-Sijzi iaitu Sulaiman bin al-Asy’ath berkata: Aku telah bertanya kepada Ahmad bin Hanbal berkenaan Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam? Beliau berkata: Saudaranya, Abdullah tidak ada masalah padanya (لَا بَأْسَ بِهِ).

Syeikh Ahmad Syakir mengulas tentang pernyataan Imam Ahmad tersebut: “Yakni beliau (Imam Ahmad) mendaifkan Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam dan dia (Abdul Rahman) adalah sangat daif.”

[Tahqiq Sunan al-Termizi (2/330)]

2. Sayyid Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daif.

[Fath al-Wahab Bi Takhrij Ahadith al-Syihab (2/171)]

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daif bahkan anak-anak Zaid bin Aslam semuanya daif.

[Al-Mudawi (1/508)]

3. Sayyid Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari

Sayyid Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari dalam al-Radd al-Muhkam al-Matin (hlm 125) membincangkan secara panjang lebar tentang status Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam dan menafikan tuduhan bahawa beliau berdusta dan memalsukan hadis. Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam hanya daif sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.

4. Sayyid Abdul Aziz bin al-Siddiq al-Ghumari

Kata Sayyid Abdul Aziz al-Ghumari dalam al-Tahani Fi al-Ta’qib ‘Ala Maudhu’at al-Saghani (hlm 76):

“Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam diriwayatkan daripadanya oleh al-Termizi dan Ibnu Majah. Dia bukan daripada perawi yang ketara kedaifannya lagi yang masyhur (dengan kedaifan) sehingga perlu disebut bersama perawi-perawi yang masyhur dengan kedaifan lagi ditinggalkan hadisnya (matruk). Bahkan, kata Ibnu ‘Adi: Baginya hadis-hadis yang baik (hisan). Manusia (ahli hadis) masih mengambil kira riwayatnya dan sebahagian ahli hadis membenarkannya. Dia daripada perawi yang masih ditulis hadisnya.

Menyebutkannya dalam kalangan perawi-perawi daif adalah kesilapan al-Saghani dan ia adalah seburuk-buruk kesilapan. Dan telah tersilap orang sebelum beliau (al-Saghani) iaitu al-Hafiz Ibnu Thahir al-Maqdisi dalam Tazkirah al-Maudhu’at di mana beliau memasukkan di dalamnya hadis (أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ) dan melemahkannya dengan sebab Abdul Rahman bin Zaid. Aku telah terangkan kesilapan Ibnu Thahir dalam kritikan-kritikanku ke atasnya. Bahkan aku telah tulis perkara tersebut dalam satu juzuk khas.”

5. Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah

- Beliau menyenaraikan Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam dalam kalangan pemalsu hadis. Kata beliau:

“Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan daripada ayahnya hadis-hadis palsu yang dialah yang menciptakannya.”

[Al-Wasith Fi Ulum Wa Mustholah al-Hadith, hlm 334]

6. Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam sangat daif (شديد الضعف), dituduh memalsukan hadis (متهم بالوضع), matruk dan lain-lain.

[Mu'jam Asami al-Ruwah Allazi Tarajama Lahum al-Albani (2/463)]

7. Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’ie (Salafi)

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam sangat daif (ضعيف جداً).

[Tatabbu’ Auham al-Hakim Fi al-Mustadrak (2/689)]

8. Syeikh Hamdi Abdul Majid al-Salafi (Salafi)

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam amat daif (واه).

[Tahqiq Fath al-Wahab Bi Takhrij Ahadith al-Syihab (2/29)]

9. Syeikh Syu’aib al-Arnauth

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daif.

[Tahqiq Sunan Abu Daud (4/53), Tahqiq Sunan Ibnu Majah (hadis no. 238, 519, 1188, 2443)

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam sangat daif.

[Tahqiq Sunan Abu Daud (1/49)]

10. Syeikh Nuruddin ‘Itr

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daif maka tidak boleh dijadikan hujah dengannya.

[I’lam al-Anam Syarah Bulugh al-Maram (2/325)]

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daif, disepakati atas kedaifannya.

[I’lam al-Anam Syarah Bulugh al-Maram (3/164)]

9. Syeikh Rifaat Fauzi Abdul Mutalib

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daif.

[Tahqiq Musnad al-Syafi’e (2/1830)]

*Imam al-Syafie ada riwayatkan sebuah hadis daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam, iaitu hadis:

أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ، الْمَيْتَتَانِ: الْحُوتُ وَالْجَرَادِ، وَالدَّمَانِ، أَحْسِبُهُ قَالَ: الْكَبِدُ وَالطِّحَالُ

11. Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh

Kata Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh dalam Raf’u al-Manarah (hlm. 245):

“Dia adalah daif sebagaimana kata al-Baihaqi:

Semua (ahli hadis) mendaifkannya...(kecuali Ibnu ‘Adi)

Meskipun beliau (Ibnu ‘Adi) meriwayatkan riwayat-riwayat mungkar bagi Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam dalam al-Kamil, beliau berkata: Baginya hadis-hadis yang baik (hisan). Manusia (ahli hadis) masih mengambil kira riwayatnya dan sebahagian ahli hadis membenarkannya. Dia daripada perawi yang masih ditulis hadisnya.

Dan sebahagian ahli hadis bersikap keras pada mengkritiknya.”

13. Syeikh Abu Ishaq al-Huwaini (Salafi)

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam sangat daif (ضعيف جداً), amat lemah (واه), matruk dan binasa (تالف).

[Nathl al-Nabal Bi Mu'jam al-Rijal (2/287)]

14. Dr Basyar ‘Awadh Ma’ruf (Salafi)

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daif.

[Tahqiq Tarikh Baghdad (7/60,346), Tahqiq Sunan Ibnu Majah (hadis no. 238, 519, 1188)]

15. Syeikh Hasan bin Muhammad bin Haidar al-Waili (Salafi)

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam matruk.

[Nuzhah al-Albab Fi Qaul al-Termizi Wa Fi al-Bab (1/317)]

16. Syeikh Hussein Salim Asad al-Darani (Salafi)

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daif.

 [Tahqiq Majma’ al-Zawaid (1/204)]

17. Syeikh Maher Yasin al-Fahl (Salafi)

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daif.

[Al-Jami Fi al-‘Ilal Wa al-Fawaid (2/215) (5/268), Tahqiq Musnad al-Syafi’e (hadis no. 1513),  Tahqiq Bulugh al-Maram (hadis no. 607, 913)]

18. Syeikh ‘Amru Abdul Mun’im Salim (Salafi)

- Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam sangat daif (ضعيف جداً) dari segi hafalannya.

[Hadm al-Manarah (hlm. 201)]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan