Jumaat, 2 Mac 2018

Baca Kitab Sejak 50 Tahun Masih Dapat Faedah Baru


Al-Imam al-Muzani rahimahullah berkata:

“Aku melihat kitab al-Risalah (karangan al-Imam al-Syafi’e) sejak 50 tahun dahulu. Tidaklah setiap kali aku melihatnya melainkan aku mendapat faedah baru yang tidak aku ketahui sebelumnya.”

[Thabaqat al-Syafi’eyyah al-Kubra, Tajuddin al-Subki, jil. 2, hlm. 99, c: Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah]

_____________

Al-Imam al-Muzani atau nama sebenarnya Ismail bin Yahya al-Muzani al-Misri merupakan murid rapat al-Imam al-Syafi’e. Beliau dilahirkan pada tahun kewafatan al-Imam Laith bin Sa’ad iaitu tahun 175 Hijrah.

Beliau agak kurang meriwayatkan hadith tetapi merupakan tokoh dalam bidang fiqh. Antara murid-murid beliau ialah al-Imam Ibnu Khuzaimah, al-Imam Ibnu Abi Hatim dan al-Imam Abu Ja’far al-Tahawi yang merupakan anak saudara beliau.

Al-Imam al-Syafi’e pernah berkata: “Al-Muzani adalah pendokong mazhabku.” Kata al-Imam al-Syafi’e lagi: “Kalaulah al-Muzani berdebat dengan syaitan, nescaya dia akan mengalahkan syaitan.”

Beliaulah yang memandikan jenazah al-Imam al-Syafi’e.

Beliau meninggal dunia pada tahun 264 Hijrah.

Rujukan:

- Siyar A’lam al-Nubala’, al-Zahabi, jil. 12, hlm. 492, c: Muassasah al-Risalah.

- Thabaqat al-Syafi’eyyah al-Kubra, Tajuddin al-Subki, jil. 2, hlm. 93, c: Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan