Selasa, 20 Julai 2021

Status Hadis: Wuduk Senjata Orang Mukmin


الوضوءُ سلاحُ المؤمنِ.

“Wuduk itu ialah senjata orang mukmin.”

Pandangan Ulama Tentang Hadis Ini

Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari dalam kitab Tamam al-Minnah Bi Bayan al-Khisal al-Mujibah al-Jannah (ms. 38, cetakan Maktabah al-Qaherah) mengatakan bahawa ia tidak ada asal baginya.

Dalam kitab Irsyad al-Thalib al-Najib Ila Ma Fi al-Maulid al-Nabawi Min al-Akazib juga beliau menyenaraikannya dalam kalangan hadis-hadis yang palsu dan tidak ada asal baginya. [Rujuk: Mausu’ah Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari (9/455)].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan