Rabu, 2 April 2014

Dr Muhammad ‘Ajaj al-Khatib



Kelahiran

Beliau dilahirkan pada tahun 1932 di bandar Damsyik, Syria. 

Pendidikan

Beliau mendapat ijazah sarjana muda dari Kuliah Syariah, Universiti Damsyik pada tahun 1959 dan beliau mendapat kedudukan pertama di antara mahasiswa di kuliah tersebut. Seterusnya beliau mendapat ijazah sarjana pada tahun 1962 dan berjaya mendapat keputusan imtiyaz (cemerlang). Tajuk tesis beliau ialah as-Sunnah Qabla al-Tadwin (Sunnah sebelum dibukukan).

Seterusnya beliau menyambung pelajaran di peringkat ijazah kedoktoran di Kuliah Dar al-‘Ulum, Universiti Kaherah pada tahun 1966. Tajuk tesis  beliau ialah Nasy’ah Ulum al-Hadith wa Mustholahuh (Perkembangan Ilmu Hadith dan Istilah-Istilahnya). Beliau juga telah mentahkik kitab al-Muhadith al-Fasil Baina al-Rawi wa al-Wa’ie karya Qadhi al-Ramahurmuzi sebagai memenuhi syarat kelayakan ijazah kedoktoran.

Kerjaya Akademik

1. Mengajar di Universiti Damsyik pada tahun 1966 sehingga tahun 1980.

2. Mengajar di Universiti Muhammad bin Sa’ud di Riyadh, Arab Saudi pada tahun 1966 sehingga tahun 1973.

3. Beliau mendapat anugerah Professor pada tahun 1976.

4. Mengajar di Universiti Umm al-Qurra di Mekah al-Mukarammah pada tahun 1979.

5. Mengajar di Universiti UAE pada tahun 1980 sehingga tahun 1997.

6. Mengajar di Universiti al-Syariqah, UAE sehingga 2002.

7. Dekan Kuliah Syariah dan Pengajian Islam.

8. Professor dalam bidang hadis dan ulum hadis.

Jawatan Akademik

1. Wakil Kuliah Syariah di Universiti Damsyik.

2. Ketua bahagian Ulum al-Quran dan al-Sunnah di Universiti Damsyik.

3. Ketua bahagian Pengajian Islam di Universiti UAE.

4. Dekan Kuliah Syariah dan Pengajian Islam di Universiti al-Syariqah.

5. Professor hadis, sirah dan ilmu-ilmu Islam di Universiti Ajman.

Penulisan

1. Abu Hurairah Rawiyah al-Islam (1962).


2. Al-Sunnah Qabla al-Tadwin (1963). Sudah diterjemahkan ke bahasa Indonesia dengan tajuk 'Hadits Nabi Sebelum Dibukukan'.


3. Usul al-Hadith wa Mustholahuh (1968).


4. Qabasat Min Hadi an-Nubuwwah (1968).

5. Lamhat Fi al-Maktabah wa al-Bahath (1971).

6. Tahkik kitab Al-Muhadith al-Fasil Baina ar-Rawi wa al-Wa’ie (1971).

7. Al-Tarbiyyah al-Islamiyyah: Ahdafuha, Asusuha, Sailuha, Turuq Tadrisuha (1975).

8. Al-Mujiz fi Hadith al-Ahkam (1975).

9. Al-Wajiz fi Ulum al-Hadith wa Nususuhu.

10. Adwa’ ‘ala al-A’lam fi Sadr al-Islam (1985).

11. Nizam al-Usr fi al-Islam (1985).

12. Qabasat min Hadi al-Quran wa al-Sunnah (1980).

13. Fi Rihab Asma’ Allah al-Husna (1988).

14. Fi al-Fikr al-Islami (1990).

15. Tahkik kitab Al-Jami’ al-Akhlaq al-Rawi wa Adab al-Sami’ (1991).

16. Al-Mujiz fi Hadith al-Ahkam (1998).

17. Masalik al-Absar fi Mamalik al-Amsar, 5 jilid (2002).

18. Al-Fihris al-Wasfi li Kutub al-Hadith wa Ulumuhu (2002).


Kewafatan

Beliau meninggal dunia pada 4 Rabiul Awal 1442 Hijrah bersamaan 10 Oktober 2021. Semoga Allah merahmati beliau. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan