Jumaat, 22 Disember 2017

Abdul Karim bin Abi al-'Auja': Zindiq Pemalsu Empat Ribu Buah Hadis

1 - Al-Hafiz Ibnu 'Adi dalam al-Kamil Fi Dhu'afa' al-Rijal berkata: 

"Ketika dia dibawa untuk dipancung tengkuknya dia berkata: Aku sudah palsukan untuk kamu semua 4 ribu buah hadis yang mengharamkan perkara yang halal dan menghalalkan perkara yang haram. Dan aku telah aku buat (hadis supaya) kamu semua berbuka pada hari yang sepatutnya kamu berpuasa dan kamu semua berpuasa pada hari sepatutnya kamu berbuka."

2 - Dia dituduh sebagai seorang zindiq (munafik) yang ingin merosakkan Islam oleh ramai ahli hadis seperti al-Hafiz Ibnu 'Adi dan al-Hafiz al-Zahabi.

3 - Imam Ibnu 'Arraq dalam Tanzih al-Syari'ah al-Marfu'ah berkata:

"Seorang zindiq yang mengaku memalsukan hadis."

4 - Al-Fattani dalam Qanun al-Dhu'afa' berkata:

"Dia dikalangan pemalsu hadis daripada golongan zindiq yang ingin merosakkan syariat (Islam), menimbulkan syak dan bermain-main dengan agama." 

5 - Dia telah dibunuh oleh Muhammad bin Sulaiman al-'Abasi, gabenor Basrah ketika zaman Khalifah al-Mahdi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan