Jumaat, 22 Disember 2017

Engkau Boleh Mati Sekarang Kalau Engkau Mahu



Syu'bah bin al-Hajjaj datang bertemu dengan Khalid al-Hazza'. Lalu Syu'bah berkata kepada Khalid:

"Wahai Abu Munazil (gelaran Khalid al-Hazza'), kamu ada hadis begian-begian (tidak dinyatakan perincian hadisnya), ajarkanlah ia kepadaku."

Khalid ketika itu sedang sakit maka Khalid berkata:

"Aku sedang sakit."

Syu'bah menjawab:

"Satu hadis sahaja. Ajarkanlah kepadaku."

Khalid lalu mengajarkan hadis tersebut. Setelah selesai, Syu'bah berkata kepada Khalid:

"Engkau boleh mati sekarang kalau engkau mahu."

_______________

Sumber:

- Syaraf Ashab al-Hadith oleh al-Khatib al-Baghdadi.

___________

[1] Syu'bah bin al-Hajjaj (80/82H-160H) adalah Amirul Mu'minin Fi al-Hadith. Beliau adalah guru kepada ulama-ulama hebat seperti Sufyan al-Thauri, Sufyan bin 'Uyainah, Abdul Rahman bin Mahdi, Yahya bin Sa'id al-Qathan dan lain-lain. Al-Imam al-Syafi'e pernah memuji beliau: "Jika tidak kerana Syu'bah, hadis tidak akan diketahui di 'Iraq." (Siyar A'lam al-Nubala')

[2] Khalid bin Mihran al-Hazza' (m. 141H/142H) adalah murid kepada Muhammad bin Sirin. Gurunya, Ibnu Sirin turut meriwayatkan hadis daripada beliau. Beliau digelar al-Hazza' (tukang kasut) bukan kerana beliau berkerja sebagai tukang kasut tetapi beliau gemar duduk bersama tukang kasut sehingga beliau digelar al-Hazza'. (Siyar A'lam al-Nubala')

Tiada ulasan:

Catat Ulasan