1 - Abu Hazim berkata: "Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan kejahatan-kejahatanmu."
2 - Bishr bin al-Harith al-Hafi berkata: "Janganlah
engkau beramal untuk dikenali, sembunyikanlah kebaikan sebagaimana engkau
menyembunyikan kejahatan."
3 - Mughirah berkata: “Syuraih al-Qadi mempunyai sebuah
bilik di mana beliau akan menyendiri di dalamnya pada hari Jumaat dan orang
ramai tidak tahu apa yang dilakukannya di situ.”
3 – Sallam berkata: “Ayyub as-Sakhtiyani biasa bangun
beribadah sepanjang malam dan beliau menyembunyikan perkara itu. Apabila
menjelang waktu Subuh, beliau akan meninggikan suaranya seolah-olah beliau baru
sahaja bangun pada ketika itu.
Ayyub juga merupakan seorang yang menyembunyikan
kezuhudannya. Kami pernah menziarahinya dan mendapati beliau berada di atas
sebuah tilam merah yang tebal. Lalu aku mengangkatnya atau salah seorang
sahabat kami mengangkatnya dan ternyata ia hanyalah sehelai tikar kasar yang
diisi dengan sabut.”
4 - Ibnu Abi 'Adi berkata: “Daud bin Abi Hind berpuasa
selama empat puluh tahun tanpa diketahui oleh ahli keluarganya. Beliau seorang penjual
sutera. Beliau membawa bekalan makan tengah harinya bersamanya lalu
menyedekahkannya di jalanan.”
5 - Abdurrahman bin Mahdi berkata: “Aku bertanya kepada
Ibnul Mubarak: Ibrahim bin Adham mendengar (hadis) daripada siapa?
Beliau menjawab: "Beliau telah mendengar daripada orang
ramai dan beliau mempunyai keutamaan pada dirinya. Seorang yang mempunyai
amalan-amalan rahsia. Aku tidak pernah melihatnya menzahirkan bacaan tasbih
atau apa-apa kebaikan pun.”
6 - Ibnul Mubarak berkata: "Aku tidak pernah melihat
sesiapa pun yang diangkat darjatnya seperti Malik, sedangkan beliau tidak
banyak solat mahupun puasa, melainkan (pasti) beliau mempunyai suatu amalan
rahsia."
7 - Al-Khuraibi berkata: "Mereka (para salaf) menyukai
agar seseorang itu mempunyai amalan soleh yang tersembunyi, yang tidak
diketahui oleh isterinya mahupun orang lain."
Sumber:
Siyar A’lam al-Nubala’ oleh al-Hafiz al-Zahabi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan