لأَنْ يُطْعَنَ فِي
رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ
امْرَأَةً لاَ تَحِلُّ لَهُ
"Ditusuk
pada kepala salah seorang daripada kamu daripada jarum besi lebih baik baginya
daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya."
Sumber dan
Status Hadis
Diriwayatkan oleh
al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Ruyani dalam Musnadnya
dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman daripada hadis Ma’qil bin Yasar.
Hadis ini adalah sahih.
Dhiya’ al-Maqdisi
dalam kitab Ittiba’ al-Sunan mengatakan hadis ini mengikut syarat Sahih
Muslim.
Al-Munziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib berkata: “Diriwayatkan oleh al-Thabarani dan al-Baihaqi. Perawi-perawi al-Thabarani thiqah, perawi kitab al-Sahih.”
Al-Haithami
dalam Majma’ al-Zawaid berkata: “Diriwayatkan oleh
al-Thabarani dan perawi-perawinya adalah perawi kitab al-Sahih.”
Hadis ini turut disahihkan oleh Ibnu Hajar al-Haitami dalam al-Zawajir, al-Munawi dalam al-Taisir dan Abdullah al-Siddiq al-Ghumari dalam al-Istiqsa’ Li Adillah Tahrim al-Istimna’.
Pengajaran Hadis
1 - Menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
bukan mahram.
Hadis ini menunjukkan betapa beratnya larangan menyentuh
perempuan ajnabi (bukan mahram). Islam sangat menekankan penjagaan maruah dan
kehormatan.
2 - Sentuhan fizikal antara bukan mahram adalah haram.
Walaupun hanya menyentuh tanpa syahwat, ia tetap dilarang
kerana boleh membawa kepada fitnah dan maksiat yang lebih besar.
3 - Islam mendidik umatnya agar menjauhkan diri daripada
perkara yang mendekatkan kepada zina.
Firman Allah dalam Surah al-Isra’ ayat 32:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya
zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang
membawa kerosakan).”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan