Ahad, 29 Mei 2016
Statu Hadis: Memandang Wajah Alim Didoakan Malaikat
Sabtu, 28 Mei 2016
Hukum Menghidupkan Malam Raya
“Disunatkan menghidupkan dua malam hari raya dengan solat atau selainnya berdasarkan khabar:
Hadis: Seburuk-buruk kalian adalah yang tidak menikah
Secara ringkas, hadis ini mengandungi ancaman terhadap orang yang tidak berkahwin tetapi tidaklah sampai berdosa bagi orang yang tidak berkahwin (yang mampu menjaga dirinya daripada maksiat). Disebabkan itu kita dapat lihat ramai para ulama dan orang soleh yang tidak pernah berkahwin seperti Bisr al-Hafi, al-Nawawi dan lain-lain.
Selasa, 24 Mei 2016
Hadis: Tidur dalam keadaan bersuci dapat mati syahid
Dalam hadis yang lain:
Diriwayatkan oleh Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah. Dalam sanadnya terdapat Yazid bin Aban al-Raqasyi, dia adalah daif.
Jumaat, 13 Mei 2016
Hadis: Wanita (Ummu Mihjan) Membersihkan Masjid
Hadis
Pertama
أنَّ رجلًا أسوَدَ، أوِ امرأةً سَوداءَ، كان يَقُمُّ
المسجدَ، فمات، فسأَل النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم عنه، فقالوا: مات، قال : أفلا كنتُم آذَنتُموني به، دُلُّوني
على قبرِه، أو قال قبرِها. فأتى قبرَها فصلَّى عليها .
Ada seorang lelaki berkulit hitam atau seorang
perempuan berkulit hitam (syak pada perawi hadis) selalu membersihkan
masjid kemudian dia meninggal dunia.
Nabi sallahu ‘alaihi wasallam bertanya
tentang orang tersebut.
Para sahabat menjawab: “Dia telah meninggal
dunia.”
Nabi bersabda: “Kenapa kamu semua tidak
beritahu kepadaku tentangnya. Tunjukkan kepadaku kuburnya.”
Lalu Nabi datang ke kuburnya dan bersolat ke
atasnya.
Riwayat al-Bukhari (no. 458) daripada hadis
Abu Hurairah.
Hadis
Kedua
أَنَّ امْرَأَةً سَوْدَاءَ كَانَتْ تَقُمُّ
الْمَسْجِدَ أَوْ شَابًّا فَفَقَدَهَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، فَسَأَلَ عَنْهَا - أَوْ عَنْهُ - فَقَالُوا: مَاتَ، قَالَ: أَفَلَا
كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي. قَالَ: فَكَأَنَّهُمْ صَغَّرُوا أَمْرَهَا أَوْ
أَمْرَهُ. فَقَالَ: دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهِ، فَدَلُّوهُ، فَصَلَّى عَلَيْهَا،
ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذِهِ الْقُبُورَ مَمْلُوءَةٌ ظُلْمَةً عَلَى أَهْلِهَا،
وَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يُنَوِّرُهَا لَهُمْ بِصَلَاتِي عَلَيْهِمْ.
Ada seorang wanita atau pemuda berkulit hitam
bekerja sebagai tukang sapu masjid. Ketika Rasulullah sallahu ‘alaihi
wasallam tidak menemukan orang tersebut baginda bertanya (kepada sahabat)
tentangnya. Mereka mengatakan bahawa orang itu telah meninggal dunia.
Kata Nabi sallahu ‘alaihi wasallam: "Kenapa
kamu semua tidak beritahu kepadaku?"
Perawi hadis ini berkata: “Seolah-olah para
sahabat menganggap remeh kematian orang itu.”
Lalu kata Nabi: "Tunjukkanlah kepadaku
kuburnya."
Maka ditunjukkan mereka kepada beliau
kuburnya, lalu baginda solat (jenazah) ke atasnya.
Kemudian baginda bersabda: "Kubur ini
sangat gelap bagi penghuninya. Sesungguhnya Allah 'azza wa jalla akan
meneranginya setelah aku solat di atasnya."
Riwayat Muslim (no. 956) daripada hadis Abu
Hurairah
Hadis
Ketiga
Adapun riwayat yang menyebutkan nama wanita
tersebut sebagai Ummu Mihjan:
كَانَتْ امْرَأَةٌ بِالْمَدِينَةِ تَقُمُّ
الْمَسْجِدَ فَمَاتَتْ فَلَمْ يَعْلَمْ بِهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَمَرَّ عَلَى قَبْرِهَا فَقَالَ مَا هَذَا الْقَبْرُ؟ فَقَالُوا أُمُّ
مِحْجَنٍ، قَالَ الَّتِي كَانَتْ تَقُمُّ الْمَسْجِدَ؟ قَالُوا نَعَمْ، فَصَفَّ
النَّاسَ فَصَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ قَالَ أَيَّ الْعَمَلِ وَجَدْت أَفْضَلَ؟
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَسْمَعُ؟ قَالَ مَا أَنْتُمْ بِأَسْمَعَ
مِنْهَا، فَذَكَرَ أَنَّهَا أَجَابَتْهُ قَمَّ الْمَسْجِدِ.
Ada seorang
wanita di Madinah yang selalu membersihkan masjid. Kemudian dia meninggal dunia dan Nabi salahu
‘alaihi wasallam tidak tahu tentang kematiannya.
Nabi sallahu
‘alaihi wasallam melalui kuburnya lalu bertanya: “Kubur siapakah ini?”
Para sahabat menjawab: “Ummu Mihjan.”
Nabi bertanya lagi: “Yang membersihkan
masjid?”
Para sahabat menjawab: “Ya.”
Nabi dan para sahabat lalu berbaris dan bersolat untuknya.
Kemudian Nabi bertanya (kepada Ummu Mihjan): “Amalan
apakah yang kamu dapati merupakan sebaik-baik amalan?”
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah,
adakah dia dengar?”
Nabi menjawab: “Dia lebih dengar daripada
kamu semua.”
Kemudian Nabi menyebut bahawa dia menjawab: “Membersihkan
masjid.”
Diriwayatkan oleh Abu al-Syeikh dalam Thawab
al-A’mal daripada hadis ‘Ubaid bin Marzuq secara mursal
(daif).
Begitu juga
ada riwayat daripada hadis Buraidah yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam al-Sunan
al-Kubra (no. 7101) yang menyebutkan nama wanita tersebut sebagai Ummu
Mihjan. Hadis Buraidah ini dinilai sebagai hasan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari.
Pengajaran Hadis:
1 – Kelebihan membersihkan masjid dan
menghilangkan kotoran daripadanya.
2 – Kesungguhan Rasulullah sallahu ‘alaihi
wasallam dalam mengambil berat tentang hal ehwal umatnya.
3 – Kemulian akhlak dan tawaduk baginda yang
sentiasa memberi perhatian tentang orang-orang yang lemah dan miskin yang
berada di sekeliling baginda. Baginda tidak berasa malu untuk bertanya tentang
hal ehwal mereka, menziarahi mereka yang sakit, mensolatkan jenazah mereka
serta mengiringi jenazah mereka ke kuburan.
4 – Galakan untuk mengunjungi jenazah orang
soleh.
5 – Disyariatkan menyebarluaskan berita
kematian agar kaum muslimin dapat berkumpul untuk mensolati jenazah berkenaan.
6 – Galakan untuk mendoakan dan meminta rahmat
daripada Allah kepada orang yang banyak berkhidmat untuk Islam dan kaum muslimin.
7 – Harus untuk mensolatkan jenazah walaupun
setelah dikebumikan.
8 – Disyariatkan untuk mengulangi solat
jenazah walaupun jenazah tersebut telah disolatkan sebelum dikebumikan kerana
wanita ini telah disolatkan sebelum dikebumikan namun baginda tetap
mensolatinya sekali lagi.
9 – Solat baginda ke atas jenazah umatnya
adalah rahmat bagi mereka dan dapat menghilangkan kegelapan kubur mereka.
10 – Tidak memandang rendah kepada orang lain
kerana kita tidak tahu kedudukan mereka di sisi Allah.
Isnin, 9 Mei 2016
Hadis: Sedekah menolak kematian yang buruk
Jumaat, 6 Mei 2016
Surah al-Kahfi dan Dajjal
Selasa, 3 Mei 2016
Hadis Mursal
Hadis: Lima Perkara Sebelum Lima Perkara
اغْتَنِمْ خَمْساً قبْلَ خَمْسٍ حَياتَكَ قَبْلَ
مَوْتِكَ وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وفَراغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ وشَبابَكَ قَبْلَ
هَرَمِكَ وغِناكَ قَبْلَ فَقْرِكَ.
“Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara. Hidup
sebelum mati. Sihat sebelum sakit. Waktu lapang sebelum waktu sempit. Muda
sebelum tua. Kaya sebelum miskin.”
Sumber dan Status Hadis:
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dalam al-Zuhd,
Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, al-Nasa’ie dalam al-Sunan
al-Kubra, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’, al-Qudha’ie
dalam Musnad al-Syihab dan lain-lain daripada ‘Amru bin Maimun
al-Audi daripada Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam.
‘Amru bin Maimun adalah seorang tabi’e besar yang
sempat hidup pada zaman jahiliyyah, masuk Islam ketika hayat Nabi sallahu
‘alaihi wasallam tetapi tidak pernah bertemu dengan baginda. Oleh itu hadis ini adalah mursal (daif).
Hadis ini menurut al-Hafiz al-Busiri dalam Ithaf
al-Khiyarah al-Maharah mempunyai syahid (penguat)
daripada hadis Ibnu ‘Abbas. Hadis Ibnu ‘Abbas tersebut diriwayatkan oleh
al-Hakim dalam al-Mustadrak melalui sanad:
‘Abdan daripada Abdullah bin Sa’id bin Abi Hind daripada
bapanya daripada Ibnu ‘Abbas.
Menurut al-Hakim hadis tersebut sahih menurut syarat
al-Bukhari dan Muslim.
Namun, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman mengingatkan
bahawa berlaku kesilapan pada riwayat Ibnu ‘Abbas tersebut. Ini kerana sanad
riwayat Ibnu ‘Abbas tersebut sebenarnya untuk hadis berikut:
نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ
النَّاسِ: الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ.
"Dua nikmat yang sering disia-siakan oleh kebanyakan manusia:
kesihatan dan kelapangan masa."
Oleh itu hadis
Ibnu ‘Abbas tersebut tidak dapat menguatkan hadis mursal yang diriwayatkan
oleh ‘Amru bin Maimun tersebut. Maka
kekallah hadis tersebut sebagai mursal (daif), namun masih dapat
digunakan dalam bab targhib wa tarhib (motivasi melakukan kebaikan dan
menakutkan daripada melakukan dosa).
Pengajaran
Hadis:
1 - Rebutlah
peluang untuk melakukan apa yang manfaatnya akan kamu peroleh selepas
kematianmu. Sesungguhnya apabila seseorang itu mati, terputuslah amalannya,
hilanglah harapannya, benarlah penyesalannya dan berterusanlah kesedihannya. Maka
beramallah untuk dirimu sendiri di akhirat kelak.
2 - Rebutlah
peluang untuk beramal ketika sihat, kerana mungkin akan datang halangan seperti
sakit, lalu kamu akan menghadapi hari akhirat tanpa bekalan.
3 - Rebutlah
peluang masa lapangmu di dunia ini sebelum kamu disibukkan dengan kedahsyatan
hari kiamat yang bermula dengan alam kubur. Maka rebutlah peluang yang ada,
semoga kamu selamat daripada azab dan kehinaan.
4 - Rebutlah
peluang untuk melakukan ketaatan ketika kamu masih mampu, sebelum diserang
kelemahan usia tua, lantas kamu akan menyesal atas apa yang telah kamu
sia-siakan dalam menunaikan hak Allah.
5 - Rebutlah
peluang untuk bersedekah dengan lebihan hartamu sebelum datang musibah yang
membuatmu menjadi miskin, sehingga kamu menjadi fakir di dunia dan akhirat.
6 – Maka, lima
perkara ini tidak diketahui nilainya melainkan setelah hilangnya. Oleh kerana
itu, disebutkan dalam sebuah hadis, "Dua nikmat yang sering
disia-siakan oleh kebanyakan manusia: kesihatan dan kelapangan masa."
7 - Hujjatul Islam Imam al-Ghazali berkata: “Dunia adalah salah satu persinggahan bagi mereka yang berjalan menuju Allah Taala dan jasad adalah kenderaannya. Sesiapa yang lalai dalam mengurus persinggahan dan kenderaan ini, maka tidak akan sempurna perjalanannya. Dan selagi urusan kehidupan di dunia tidak teratur, maka tidak akan sempurna urusan pengabdian dan pengkhususan diri kepada Allah, yang mana itulah perjalanan kerohanian (suluk)."