Selasa, 3 Mei 2016

Hadis: Jihad adalah pelancongan

وعن أَبي أُمَامَة رضي الله عنه: أنَّ رجلًا، قَالَ: يَا رسولَ اللهِ، ائْذَنْ لي فِي السِّيَاحَةِ! فَقَالَ النبيُّ صلى الله عليه وسلم: إنَّ سِيَاحَةَ أُمَّتِي الجِهَادُ فِي سَبيلِ اللهِ.

Daripada Abu Umamah radiallahu ‘anhu, seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, izinkan saya untuk melancong.”

Kemudian Nabi sallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Sesungguhnya pelancongan umatku adalah jihad di jalan Allah.”

Riwayat Abu Daud, al-Hakim dalam al-Mustadrak, beliau berkata: “sanadnya sahih” dan dipersetujui oleh al-Zahabi, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan Syu’ab al-Iman, al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan Musnad al-Syamain.

Imam al-Nawawi dalam Riyadh al-Salihin dan al-Hafiz al-‘Iraqi dalam Takhrij Ahadith Ihya’ mengatakan sanadnya jayyid (baik).

Pengajaran Hadis:

1. Sebaik-baik perjalanan yang dilakukan adalah perjalanan melakukan jihad di jalan Allah.

2. Kemungkinan Rasulullah tidak memberi izin kepada lelaki tersebut untuk melancong kerana ingin mewajibkan ke atasnya untuk berjihad atau Rasulullah ingin menunjukkan apa yang lebih baik baginya.

3. Dapat difahami daripada hadis ini bahawa dilarang menggalakan orang lain melakukan perjalanan dengan tujuan yang tidak dibenarkan oleh syarak dan meninggalkan jihad di jalan Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan