Jenis ilmu hadis ini mempunyai kepentingan yang amat besar kerana ia membahaskan syarat-syarat perawi yang diterima hadisnya dan dijadikan hujah dengannya.
Majoriti para imam hadis bersepakat bahawa disyaratkan bagi
sesiapa yang dijadikan hujah dengan riwayatnya untuk menjadi seorang yang adil
dan dhabit terhadap apa yang diriwayatkannya.
Perinciannya: Iaitu hendaklah dia seorang Muslim,
baligh, berakal, selamat daripada sebab-sebab yang menyebabkan kefasikan dan
perkara yang mencemarkan maruah, sentiasa berwaspada dan tidak lalai, seorang
yang baik hafalannya jika meriwayatkan daripada hafalannya, teliti menjaga
kitabnya dan jika dia meriwayatkan dengan makna, disyaratkan juga bahawa dia mengetahui
tentang apa yang boleh mengubah makna hadis.
Kesemua sifat ini kembali kepada dua perkara, iaitu: Al-Adalah
dan al-Dhabt. Kedua-duanya adalah antara syarat periwayatan yang paling
penting di sisi ahli hadis.
Ilmu al-Jarh dan al-Ta'dil berlegar dalam semua aspeknya di sekitar kedua-dua perkara ini kerana kedua-duanya adalah medan yang daripadanya muncul ilmu ini dengan pelbagai isunya dan kedua-duanya adalah kayu ukur yang tiada jalan untuk membuat penghakiman terhadap perawi kecuali melaluinya.
Al-Muyassar Fi 'Ilm al-Jarh Wa al-Ta'dil oleh Sayyid Abdul Majid al-Ghauri.
Baca juga:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan