Teks
Kisah Tersebut:
Kisah
hamba Allah yang beribadah selama 500 tahun
Dari
Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa
Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya: “Wahai muhammad
demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang
hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang
lebar,panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya
ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.
Dan
di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan
Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari
mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun
memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang.
Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit. Maka Allah s.w.t. pun menerima permintaanya.”
Berkatalah
malaikat lagi: “Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami
melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia akan dibangkitkan
pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t. lalu Allah s.w.t. menyuruh
Malaikat:”masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku:” maka
berkata orang itu:”Dengan disebabkan amalku?” Maka Allah s.w.t. menyuruh
malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah s.w.t.
berikan.Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama
500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni nikmat
pengelihatan yang Allah s.w.t. berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain
belum dikira.”
Maka
Allah s.w.t. berfirman: “Masukkan ia kedalam neraka”. Apabila ia ditarik
ke neraka maka ia pun berkata: “Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga
dengan rahmatmu.” Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat: “Bawakan
ia ke mari.”
Kemudian
Allah s.w.t. bertanya orang itu: “Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak
ada.” Lalu orang itu menjawab: “Engkau ya Allah”. Kemudian Allah
s.w.t. bertanya lagi: “Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?” Jawab orang
itu: “Ya Allah, dengan rahmatmu.”
Allah
s.w.t. bertanya lagi: “Siaapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun
kamu beribadat?” Jawab orang itu: “Engkau ya Allah”.
Allah
s.w.t. bertanya lagi: “Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di
tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari
tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan
sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah
itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu
dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?”
Lalu
orang itu berkata: “Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukanya.”
Allah
s.w.t. berfirman: “Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku
masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatku.” Malaikat
Jibrail berkata: “Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah
s.w.t.”
Ulasan:
Hadis
ini diriwayatkan oleh al-Hakim al-Termizi dalam Nawadir al-Usul, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’
al-Kabir, al-Kharaithi dalam Fadhilah
al-Syukr, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Tamam al-Razi dalam al-Fawaid
dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman daripada hadis Jabir bin 'Abdillah:
خَرَجَ عَلَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، فَقَالَ: " خَرَجَ مِنْ عِنْدِي خَلِيلِي جِبْرِيلُ آنِفًا
فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ إِنَّ لِلَّهِ عَبْدًا
مِنْ عَبِيدِهِ عَبَدَ اللَّهَ تَعَالَى خَمْسَ مِائَةِ سَنَةٍ عَلَى رَأْسِ
جَبَلٍ فِي الْبَحْرِ عَرْضُهُ وَطُولُهُ ثَلَاثُونَ ذِرَاعًا فِي ثَلَاثِينَ
ذِرَاعًا وَالْبَحْرُ مُحِيطٌ بِهِ أَرْبَعَةَ آلَافِ فَرْسَخٍ مِنْ كُلِّ
نَاحِيَةٍ وَأَخْرَجَ اللَّهُ تَعَالَى لَهُ عَيْنًا عَذْبَةً بِعَرْضِ
الْأُصْبَعِ تَبَضُّ بِمَاءٍ عَذْبٍ فَتَسْتَنْقِعُ فِي أَسْفَلِ الْجَبَلِ
وَشَجَرَةَ رُمَّانٍ تُخْرِجُ لَهُ كُلَّ لَيْلَةٍ رُمَّانَةً فَتُغَذِّيهِ
يَوْمَهُ، فَإِذَا أَمْسَى نَزَلَ فَأَصَابَ مِنَ الْوضُوءِ وَأَخَذَ تِلْكَ
الرُّمَّانَةَ فَأَكَلَهَا ثُمَّ قَامَ لِصَلَاتِهِ، فَسَأَلَ رَبَّهُ عَزَّ
وَجَلَّ عِنْدَ وَقْتِ الْأَجَلِ أَنْ يَقْبِضَهُ سَاجِدًا وَأَنْ لَا يَجْعَلَ
لِلْأَرْضِ وَلَا لِشَيْءٍ يُفْسِدُهُ عَلَيْهِ سَبِيلًا حَتَّى بَعَثَهُ وَهُوَ
سَاجِدٌ قَالَ: فَفَعَلَ فَنَحْنُ نَمُرُّ عَلَيْهِ إِذَا هَبَطْنَا وَإِذَا
عَرَجْنَا فَنَجِدُ لَهُ فِي الْعِلْمِ أَنَّهُ يُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
فَيُوقَفُ بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَيَقُولُ لَهُ الرَّبُّ:
أَدْخِلُوا عَبْدِي الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي، فَيَقُولُ: رَبِّ بَلْ بِعَمَلِي،
فَيَقُولُ الرَّبُّ: أَدْخِلُوا عَبْدِي الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي، فَيَقُولُ: يَا
رَبِّ، بَلْ بِعَمَلِي، فَيَقُولُ الرَّبُّ: أَدْخِلُوا عَبْدِي الْجَنَّةَ
بِرَحْمَتِي، فَيَقُولُ: رَبِّ بَلْ بِعَمَلِي، فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
لِلْمَلَائِكَةِ: قَايِسُوا عَبْدِي بِنِعْمَتِي عَلَيْهِ وَبِعَمَلِهِ فَتُوجَدُ
نِعْمَةُ الْبَصَرِ قَدْ أَحَاطَتْ بِعِبَادَةِ خَمْسِ مِائَةِ سَنَةٍ وَبَقِيَتْ
نِعْمَةُ الْجَسَدِ فَضْلًا عَلَيْهِ فَيَقُولُ: أَدْخِلُوا عَبْدِي النَّارَ
قَالَ: فَيُجَرُّ إِلَى النَّارِ فَيُنَادِي: رَبِّ بِرَحْمَتِكَ أَدْخِلْنِي
الْجَنَّةَ، فَيَقُولُ: رُدُّوهُ فَيُوقَفُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَيَقُولُ: يَا
عَبْدِي، مَنْ خَلَقَكَ وَلَمْ تَكُ شَيْئًا؟ فَيَقُولُ: أَنْتَ يَا رَبِّ،
فَيَقُولُ: كَانَ ذَلِكَ مِنْ قِبَلِكَ أَوْ بِرَحْمَتِي؟ فَيَقُولُ: بَلْ
بِرَحْمَتِكَ. فَيَقُولُ: مَنْ قَوَّاكَ لِعِبَادَةِ خَمْسِ مِائَةِ عَامٍ؟
فَيَقُولُ: أَنْتَ يَا رَبِّ، فَيَقُولُ: مَنْ أَنْزَلَكَ فِي جَبَلٍ وَسَطَ
اللُّجَّةِ وَأَخْرَجَ لَكَ الْمَاءَ الْعَذْبَ مِنَ الْمَاءِ الْمَالِحِ
وَأَخْرَجَ لَكَ كُلَّ لَيْلَةٍ رُمَّانَةً وَإِنَّمَا تَخْرُجُ مَرَّةً فِي
السَّنَةِ، وَسَأَلْتَنِي أَنْ أَقْبِضَكَ سَاجِدًا فَفَعَلْتُ ذَلِكَ بِكَ؟
فَيَقُولُ: أَنْتَ يَا رَبِّ، فَقَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: فَذَلِكَ
بِرَحْمَتِي وَبِرَحْمَتِي أُدْخِلُكَ الْجَنَّةَ، أَدْخِلُوا عَبْدِي الْجَنَّةَ
فَنِعْمَ الْعَبْدُ كُنْتَ يَا عَبْدِي فَيُدْخِلُهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ، قَالَ
جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ: إِنَّمَا الْأَشْيَاءُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ
تَعَالَى يَا مُحَمَّدُ
Al-Hakim
mensahihkan hadis ini tetapi dikritik oleh al-Hafiz al-Zahabi. Dalam sanadnya
ada perawi Sulaiman bin Harim (سُلَيْمَانُ
بْنُ هَرِمٍ). Kata
al-Hafiz al-Zahabi dalam Talkhis al-Mustadrak: “Sulaiman bin Harim
tidak dapat dijadikan pegangan (غير معتمد).” Kata al-‘Uqaili: “Sulaiman
bin Harim majhul dalam periwayatan. Hadisnya tidak terpelihara (مَجْهُولٌ فِي الرِّوَايَةِ، حَدِيثُهُ غَيْرُ مَحْفُوظٍ)”. Kata
al-Azdi: “Hadisnya tidak sahih (لا يصح حديثه).” Wallahu a’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan