Dari segi bahasa:
Baki sesuatu.
Dari segi istilah:
Terdapat tiga pendapat:
1 – Pendapat jumhur ulama hadis: Ia adalah sinonim
dengan Hadis dan Khabar: iaitu ketiga-tiganya mempunyai makna yang sama.
Maka, berdasarkan pandangan ini, takrifnya adalah sama
seperti takrif Hadis dan Khabar, iaitu:
“Apa yang disandarkan kepada Nabi Sallahu ‘alaihi wasallam sama ada berupa perkataan,
perbuatan, perakuan (taqrir), atau sifat.”
Al-Nawawi berkata dalam al-Taqrib wa al-Taisir: “Di sisi ulama hadis, kesemua ini dinamakan Athar.”
2 - Ia berbeza daripada Hadis: iaitu maksud Athar
adalah berlainan daripada maksud Hadis. Maka takrif Athar menurut
pandangan ini ialah:
“Apa yang disandarkan kepada para Sahabat dan Tabi'in
daripada perkataan atau perbuatan.”
Ibnu Hajar berkata dalam Nuzhah al-Nazar: “Mawquf
dan Maqtu' dinamakan sebagai Athar.”
3 - Di sisi para fuqaha' Khurasan: Athar berbeza
daripada Hadis, tetapi yang dimaksudkan dengannya ialah Mawquf sahaja,
bukan Maqtu' iaitu:
“Apa yang disandarkan kepada para Sahabat.”
Mereka mengkhususkan Athar bagi Mawquf dan Khabar
bagi Marfu’.
Sumber:
- Bulugh al-Amal Min Mustholah al-Hadith Wa al-Rijal oleh
Prof Dr Muhammad Mahmud Ahmad Bakkar
- Mausu'ah 'Ulum al-Hadis Wa Fununihi oleh Dr Sayyid Abdul Majid al-Ghauri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan