Sabtu, 6 Ogos 2016

Dalil membaca tasbih kafarah dan surah al-'Asr

Dalil Membaca Tasbih Kafarah

Hadis Pertama

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ جَلَسَ فِي مَجْلِسٍ فَكَثُرَ فِيهِ لَغَطُهُ، فَقَالَ قَبْلَ أَنْ يَقُومَ مِنْ مَجْلِسِهِ ذَلِكَ: سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ، إِلاَّ غُفِرَ لَهُ مَا كَانَ فِي مَجْلِسِهِ ذَلِكَ

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang duduk dalam suatu majlis yang banyak di dalamnya perkataan yang tidak bermanfaat untuk akhirat, maka katakanlah sebelum kamu bangun daripada majlis tersebut:

سُبْحَانَكَ اللهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Maha suci engkau, ya Allah, aku memuji kepada-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepadaMu.

Akan diampunkan baginya (dosa) yang dilakukannya dalam majlis tersebut.”

Riwayat al-Termizi (3433).

Kata al-Termizi: “Hadis ini hasan sahih gharib.”

Hadis Kedua

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: بِأَخَرَةٍ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَقُومَ مِنَ الْمَجْلِسِ: «سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ» فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّكَ لَتَقُولُ قَوْلًا مَا كُنْتَ تَقُولُهُ فِيمَا مَضَى، فَقَالَ: «كَفَّارَةٌ لِمَا يَكُونُ فِي الْمَجْلِسِ

Daripada Abu Barzah al-Aslami, beliau berkata: “Nabi sallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan ketika akhir duduknya (sebelum) hendak bangun daripada suatu majlis:

سُبْحَانَكَ اللهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Maha suci engkau, ya Allah, aku memuji kepada-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepada-Mu.

Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesunggunya engkau menyebutkan suatu perkataan yang tidak pernah engkau sebut sebelum ini.

Baginda menjawab: Ia sebagai penebus dosa bagi apa yang berlaku dalam majlis.”

Riwayat Abu Daud (4859).

Hadis Ketiga

عَنْ نَافِعِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللهِ، وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَكَ اللهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ، فَقَالَهَا فِي مَجْلِسِ ذِكْرٍ كَانَ كالطَّابَعُ يُطْبَعُ عَلَيْهِ، وَمَنْ قَالَهَا فِي مَجْلِسِ لَغْوٍ، كَانَتْ كَفَّارَةً لَهُ "

Daripada Nafi’ bin Jubair, daripada ayahnya, beliau berkata, Nabi sallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

“Sesiapa yang membaca:

سُبْحَانَكَ اللهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Maha suci engkau, ya Allah, aku memuji kepada-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepada-Mu.

Sesiapa yang menyebutkanya di dalam majlis zikir maka ia menjadi seperti cop yang mengecap keatasnya (yakni ucapan ini menjadi seperti cop yang mengesahkan dan memperakui kebaikan majlis zikir tersebut). Sesiapa yang menyebutkannya di dalam majlis yang lagha, ia akan jadi penebus dosa baginya.”

Riwayat al-Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir (2/138).

Kata al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid: “Para perawinya adalah perawi kitab al-Sahih.”

Dalil Membaca surah al-Asr

عَنْ أَبِي مَدِينَةَ الدَّارِمِيِّ، وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ قَالَ: كَانَ الرَّجُلَانِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «إِذَا الْتَقَيَا لَمْ يَفْتَرِقَا حَتَّى يَقْرَأَ أَحَدُهُمَا عَلَى الْآخَرِ: وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ، ثُمَّ يُسَلِّمَ أَحَدُهُمَا عَلَى الْآخَرِ

Daripada Abi Madinah al-Darimi -beliau sempat bersahabat dengan Rasulullah- berkata: “Dua orang sahabat Nabi sallahu ‘alaihi wasallam jika bertemu tidak akan berpisah kecuali salah seorang daripada mereka akan membaca surah al-‘Asr kemudian bersalaman antara satu sama lain.”

Riwayat al-Thabrani dalam Mu’jam al-Ausath (5124).

Kata al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid: “Para perawinya adalah perawi kitab al-Sahih kecuali Ibnu ‘Aisyah dan dia adalah thiqah.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan