Selasa, 2 Ogos 2016

Hadis: Segala ilmu telah diajarkan

عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ: تَرَكْنَا رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَا طَائِرٌ يُقَلِّبُ جَنَاحَيْهِ فِي الْهَوَاءِ، إِلَّا وَهُوَ يُذَكِّرُنَا مِنْهُ عِلْمًا، قَالَ: فَقَالَ: صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا بَقِيَ شَيْءٌ يُقَرِّبُ مِنَ الْجَنَّةِ، ويُبَاعِدُ مِنَ النَّارِ، إِلَّا وَقَدْ بُيِّنَ لَكُمْ.

Daripada Abi Zar, beliau berkata: “Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam telah meninggalkan kepada kami (ilmu) dan tidaklah seekor burung yang mengepakkan sayapnya di udara kecuali baginda telah menyebutkan kepada kami ilmu tentangnya.” Abu Zar berkata, kemudian Nabi sallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak tertinggal sesuatu pun perkara yang boleh mendekatkan diri kepada syurga dan menjauhkan dari neraka kecuali telah diterangkan kepada kamu.”

Diriwayatkan oleh al-Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir (2/155) dan bahagian awal hadis ini diriwayatkan juga oleh Ahmad dalam Musnad (21439).

Al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid: “Para perawi al-Thabrani adalah perawi kitab al-Sahih, kecuali Muhammad bin Abdullah bin Yazid al-Muqri dan dia adalah thiqah. Dalam sanad riwayat Ahmad ada perawi yang tidak dinamakan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan