Soalan:
Apakah hukum mencukur janggut bagi lelaki?
Jawapan Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili:
Tidak diragukan bahawa membiarkan janggut dan tidak
mencukurnya adalah sunnah Nabi yang digalakkan daripada sunnah fitrah iaitu: Bersugi,
memotong misai, membiarkan janggut, memotong kuku, membasuh ruas-ruas jari
(iaitu sendi-sendi jari dan lipatan-lipatannya), berkumur-kumur, memasukkan air
ke hidung, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, dan berkhatan.
Mencukur janggut menurut kebanyakan ulama sama ada makruh
tahrim menurut istilah mazhab Hanafi atau haram menurut mazhab Maliki dan
Hanbali.
Yang jelas bahawa mencukur janggut adalah makruh,
sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi (semoga Allah merahmatinya)
seperti meninggalkan sunnah-sunnah fitrah yang lain. Maka melakukannya (membiarkan
janggut) adalah sunnah yang digalakkan dan meninggalkannya (iaitu mencukurnya) adalah
makruh.
Yang paling sempurna adalah janggut sepanjang genggaman
tangan. Pada pandangan saya, boleh tercapai maksud (mengikut sunnah) dengan
kurang daripada itu kerana sudah tercapainya maksudnya dan terhasilnya
kewibawaan, kemuliaan dan kesempurnaan.
Adapun memendekkannya seperti yang dipanggil ‘ladam kuda’
(bentuk U), maka tiada asasnya dalam syariat.
Sumber:
Fatwa Mu'asirah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan