Soalan:
Adakah ucapan seseorang yang telah bersolat kepada saudaranya: "Taqabbalallah"
(semoga allah menerima amalan kamu) merupakan bidaah?
Jawapan Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili:
Sabit bahawa Nabi sallahu ‘alaihi wasallam pernah berkata
kepada para sahabat selepas solat Jumaat dan selepas solat dua hari raya: "Taqabbalallahu
minna wa minkum, wa ghafara lana wa lakum" (Semoga Allah menerima dari
kami dan kamu dan mengampuni kami dan kamu).
Ini merupakan dalil yang jelas akan keharusannya.
Jika disertakan dengan berjabat tangan seperti berjabat
tangan ketika memberi salam (sewaktu bertemu), maka tidak mengapa sebagaimana yang disebutkan
oleh Imam al-Syatibi dalam fatwa-fatwanya.
Sumber:
Fatawa Mu’asirah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan