Soalan: Apakah hukum merokok di masjid tanpa mengotorinya, seperti jika terdapat tempat abu rokok yang disediakan untuk tujuan tersebut?
Soalan tersebut dijawab oleh Syeikh Isma’il Uthman al-Zain
seperti berikut:
Merokok pada asasnya adalah makruh menurut mazhab
Syafie dan sebahagian ulama. Manakala menurut sebahagian ulama yang lain, ia
adalah haram kerana ia termasuk dalam perkara-perkara yang berbau busuk,
di samping ia mengotori mulut dan dada (paru-paru) serta membazirkan sebahagian
harta.
Adapun jika ia dilakukan di masjid seperti yang disebutkan
dalam soalan atau di tempat-tempat majlis ilmu yang lain, maka ia adalah haram
kerana ia melanggar kehormatan tempat tersebut, kerana Allah Ta'ala berfirman: "Di
rumah-rumah yang Allah izinkan untuk diangkat dan disebut nama-Nya di
dalamnya", iaitu Allah mewajibkan dan memerintahkan agar masjid itu
diagungkan dan dihormati dan merokok di dalamnya bertentangan dengan
penghormatan dan pengagungan dan dikhuatiri pelakunya akan mendapat akibat yang
buruk.
Ini jika tidak ada niat untuk melanggar kehormatan. Jika
tidak, sekiranya perokok di masjid berniat untuk menentang dan melanggar
kehormatan, maka tidak diragukan bahawa dia menjadi murtad. Kita
berlindung kepada Allah.
Masjid-masjid adalah sebahagian daripada syiar Allah yang
wajib diagungkan. Allah Ta'ala berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa
yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya ia terbit dari ketakwaan
hati". Maka orang yang merokok di masjid dianggap tidak
mengagungkannya, sehingga hatinya kosong dari ketakwaan dan digantikan dengan kelancangan
dan kurang adab. Kita memohon kepada Allah kesejahteraan dan keselamatan.
Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala Maha Mengetahui.
Sumber:
Qurrah al-'Ain Bi Fatawa Isma'il al-Zain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan