Soalan:
Apakah hukum doa berjemaah yang dipimpin oleh imam selepas
solat untuk para jemaah?
Jawapan Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili:
Dalam isu ini terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama.
Al-Syatibi, muridnya Abu Yahya Ibn Asim dan Ibn Qasim
al-Qabbab dari mazhab Maliki (semoga Allah merahmati mereka) melarangnya kerana
tidak terbukti bahawa Nabi Sallahu ‘alaihi wasallam pernah berdoa untuk jemaah
(yang solat bersama baginda). Keadaan ini berterusan sepanjang hayat baginda,
kemudian Khulafa' Rasyidin selepasnya, kemudian para salafus soleh.
Manakala pendapat yang dipegang oleh kebanyakan Ahli Sunnah
termasuk Ibnu Arafah al-Maliki dan majoriti fuqaha mazhab-mazhab lain adalah
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan
beliau berkata: “Sanadnya sahih”: bahawa Nabi Sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tidaklah berkumpul sekumpulan orang lalu sebahagian mereka berdoa dan
sebahagian yang lain mengaminkannya melainkan Allah akan memperkenankan doa
mereka.”
Terdapat juga risalah yang baik dan kukuh mengenai dalil-dalil doa berjemaah yang dikumpulkan oleh seorang saudara Muslim Amerika. Beliau telah menghadiahkan kepada saya satu salinan daripadanya yang mengandungi banyak dalil di mana orang yang berdoa dan orang yang mendengar sama-sama mengaminkan doa.
Sumber:
Fatwa Mu'asirah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan